About Me

My photo
yepz..!! helo..it's me Peter Engku.!! im 18 years old..i new in blogger..^.^

Halaman Lawak

KISAH 3 ORANG KAWAN DENGAN JIN

Pada satu zaman dahulu kala, ada 3 orang sahabat baik. Mereka selalu berkepit kemana saja. Tapi ketiga-tiga mereka mempunyai kegemaran berlainan. Si A suka main segala jenis dadah, si B pula suka minum segala jenis arak dan manakala si C pula suka segala jenis rokok dan benda-benda yang berasap.

Satu hari ketiga-tiga sahabat ini berjalan-jalan ditengah-tengah padang pasir. Tiba-tiba ketiga-tiga mereka terjumpa dengan sebuah cerek (macam cerita Aladdin). Lalu salah seorang mengutipnya lalu menggosok-gosok cerek tersebut. Tak semena-mena keluar asap berkepul -kepul dari corong cerek tersebut dan asap tersebut perlahan bertukar menjadi satu makluk yang menggerunkan iaitu seekor Jin yang ganas.

Lalu jin tersebut ketawa dan berkata "Ha ha ha, Akulah jin aferit. Oleh kerana kamu telah membebaskan aku dari cerek itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan setiap satu dari kamu." Tiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung berfikirkan peluang dan kemahuan masing-masing yang mungkin sekali seumur hidup. Lalu tiap-tiap mereka memilih kemahuan mengikut kegemaran masing-masing.

Berkata si A, "Aku mahu seberapa banyak dadah yang terbaik dari seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun" Puffff, dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si A. Berkata si B "Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekalan selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun". Puffff, dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C "Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekalan selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun" . Puffff, dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si C.

Setelah genap 10 tahun, maka Jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing seperti mana yang di janjikan. Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, bila terbuka saja maka keluarlah si A dengan keadaan kurus melidi, berdiri pun tak boleh kerana tak larat nak gerak badan sebab hari-hari projek. Tiba-tiba si A pun jatuh ketanah lalu mati.

Selepas itu Jin tersebut pergi ke gua si B, sebaik sahaja pintu dibuka, maka keluar si B dengan perut yang tersangat buncit kerana hari-hari mabuk. Jalan pun terhuyung-hayang. Tiba-tiba si B pun jatuh ketanah lalu mati

Maka Jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba-tiba si C keluar dengan keadaan sihat seperti sedia kala dan terus menampar si Jin sambil memaki hamun si Jin dengan berkata..............


"BODOH PUNYA JIN, CELAKA PUNYA JIN, BARUA PUNYA JIN. BAGI AKU ROKOK TAK BAGI API."

10 tahun aku tunggu tak buat apa apa...





Alkisah

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:


Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan ?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...
isteri marah suami




Pulangkan...(Lagu Dinyanyikan Oleh Pegawai PTPTN & Misha Omar)
(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang


(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku


Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)
Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua

pulangkan lah hutang PTPTN

Kisah cikgu dan murid


Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Cikgu : Pandai!


Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-buku
nya keluar.)

gerenty pecah perut.....hahahaha


cikgu dan murid..hahaha






                                                                                                        -TAMAT-

No comments:

Post a Comment